Inilah peringatan saya memberitahu kepada anak-anak sepeninggalan dunia. Ini kelak bagaimana yang saya dapati bagi peringatan saya sendiri bagaimana dibawah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Doa.
Menurut peringatan saya sendiri iaitu pada 13 haribulan Mei (Masihi) 13.5.1894 bersamaan dengan bulan Muharram 9.1.1313 pukul satu tengah malam masa saya pada malam yang bertuah dan waktu ___ yang sempurna Yang Maha Mulia Subhanahu Wata’ala Yang Amat Berkuasa telah mengizinkan saya seorang hamba setelah menzahirkan dari kandungan perut ibu saya Jenum Binti Alhaji Lida di Kampung ___ Datuk Hijau, Chembong Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Perbilangan adat keturunan dari Pagar Ruyung (Minangkabau) (Mengkabau) Indonesia dengan memakai Adat Perpatih kandungan Paya Kumbuh Empat Ibu berlembaga bergelar Yang Mulia Datuk Seri Maharaja dan ketua suku ialah bergelar Datuk Putih. Ialah yang berkuasa ___ anak buahnya didalam kandungan suku dan adat dikampung itu.
Iaitu ialah pemerintahan Undang Luak Rembau Yang Berhormat Datuk Alhaji Sahil berumah Kampung Chengkau dan ___ pemerintahan seluruh Negeri Sembilan ialah Yang Maha Mulia ___
bersambung…
Reference